Monday, November 21, 2011

MUZIK & NYANYIAN



------------------------

Firman Alloh subhanahu wa Ta’ala:

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan << perkataan yang tidak berguna >> untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Alloh tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Alloh itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh adzab yang menghinakan.” [Luqman: 6]

Dalam tafsir Ibnu Katsir (tafsiran ayat 6 Surah Luqman) turut menjelaskan perkataan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang menyatakan bahawa nyanyi-nyanyian adalah termasuk perkataan yang tidak berguna.

‘Abdulloh bin Mas’ud rodhiyalloohu ‘anhu (seorang sahabat Nabi), tatkala beliau ditanya tentang ayat ini, beliau menjawab: “Itu adalah nyanyian, demi Alloh yang tiada Ilah yang haq disembah kecuali Dia.” Beliau mengulangi ucapannya tiga kali.

[Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam tafsirnya, Ibnu Abi Syaibah, Al-Hakim (2/411), dan yang lainnya. Al-Hakim mengatakan: “Sanadnya shohih,” dan disetujui Adz-Dzahabi. Juga dishohihkan oleh Al-Albany, lihat kitab Tahrim Alat Ath-Tharb hal. 143]

------------------

Hadits Abu ‘Amir atau Abu Malik Al-Asy’ari rodhiyalloohu ‘anhu bahwa Rosululloh shallalloohu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Akan muncul di kalangan umatku, kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, dan << alat-alat musik >>...”

[H.R. Al-Bukhory, (10/5590)]

Sila rujuk: Kontroversi Seputar Musik dan Nyanyian
http://www.facebook.com/note.php?note_id=224108982196&id=100000004716169&ref=mf
-------------

Dari dua dalil ini , secara garis kasar Muzik dan Nyanyian bukan dari Islam bahkan Islam tdk pernah menganjurkan Muzik dan Nyanyian sebagai sesuatu yg bermanfaat kepada diri dan agama penganutnya.. Bahkan yg jelas, muzik dan nyanyian adalah sinonim dengan amalan org kafir, golongan munafik dan juga org-org yg lalai.

Nabi kamu shallallahu ‘alaihi wa sallam bersaba: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka dia termasuk daripada kalangan kaum itu". [Abu Daud, Sanadnya Jayyid]
 

No comments:

Post a Comment