MUZIK & NYANYIAN
------------------------
Perintah dari Atas Langit dan Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
Pembaca sekalian, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, ”Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadits) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (Luqman: 6).
Sebagian besar mufassir berkomentar, yang dimaksud dengan 'lahwul hadits' dalam ayat tersebut adalah nyanyian.
Ketika Abdullah Ibnu Mas'ud raddiyallahu ‘anhu ditanya mengenai ayat ini, beliau berkata:
“Demi Allah yang tidak ada sesembahan yagn haq melainkan Dia, yang dimaksud dengan 'lahwal hadits' di sini ialah nyanyian.”, beliau mengulangi perkataannya sampai tiga kali. Para ahli tafsir yang lainnya juga mengatakan demikian, seperti Ibnu Abbas, Jabir, Ikrimah, Sa'id bin Jubair dan Mujahid
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir).
Allah berfirman kepada syaitan:
"Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan suaramu." [Surah al-Isra’, 17: 64]
Imam Mujahid berkata (sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya):
قيل هو الغناء قال مجاهد باللهو والغناء أي استخفهم بذلك
Terjemahan: (بصوتك : dengan suaramu) Ia adalah al-Ghina’ (nyanyian), berkata Mujahid: “Dengan main-mainan dan al-Ghina’ (nyanyian), iaitu meremeh-remehkannya dengan perkara tersebut.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 5/93. Lihat juga Tafsir al-Qurthubi)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyebutkan:
وقد فسر ذلك طائفة من السلف بصوت الغناء. وهو شامل له ولغيره من الأصوات المستفزة لأصحابها عن سبيل الله
“Dan sebenarnya sebahagian ulama salaf (generasi awal) telah menafsirkan (bi-shautika) dengan: “Nyanyian (al-ghinaa’)”. Ini turut mencakupi seluruh perkara selainnya dari jenis-jenis suara yang menghalang pelakunya kepada jalan Allah.” (Majmu’ al-Fatawa, 11/642)
Menunjukkan bahawa nyanyian (al-Ghina’) adalah di antara kaedah yang digunakan oleh Iblis untuk menyesatkan manusia.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Kelak akan ada dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, minuman keras dan alat-alat MUZIK." (HR. Bukhari dan Abu Daud)
No comments:
Post a Comment