Tidak salah kita ambil. Sebenarnya perbandingan ilmu wahyu amat popular di kalangan pelajar usuluddin. Mereka memang diajar tentang bible bagi memudahkan mereka menyampaikan dakwah pada penganut Kristian.
Sebab mereka diajar tentang bible juga, bagi membolehkan mereka membuat perbandingan sama ada bible pada hari ini benar-benar firman Allah seperti dakwa pengikut Kristian ataupun sebaliknya.
Bagi penganut Kristian yang tidak percaya/menolak al-Quran menjadikan al-Quran sebagai dalil jika hendak berhujah dengan mereka, mereka kan menolak mentah-mentah. Bible sahaja sudah cukup bagi membuktikan kepercayaan mereka bahawa Jesus itu Tuhan adalah salah.
Saya penah menonton video Ahmed Deedat berbincang dengan seorang anak muda Kristian. Apa yang terjadi selepas Ahmed Deedat mendedahkan pembohongan dalam bible? Tonton sendiri di sini:
http://www.youtube.com/watch? v=-04A2tFO1l8
Sedikit lagi perbahasan di bawah:
“Pada pagi-pagi hari dalam perjalanannya kembali ke kota, Jesus merasa lapar. Dekat jalan dia melihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi dia tidak mendapat apa-apa pada pohon itu selain daun-daun saja. Katanya kepada pohon itu: "Engkau tidak akan berbuah lagi selama-lamanya!" Dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu.”
Salam, alhamdulillah semoga kita juga sentiasa berada dalam akidah islam, berjalan menurut syariat Nabi Muhammad S.A.W. Ingin berkongsi sedikit info tentang bible dan siapa sebenarnya Jesus.
“Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak MELALUI AKU.”Sebab mereka diajar tentang bible juga, bagi membolehkan mereka membuat perbandingan sama ada bible pada hari ini benar-benar firman Allah seperti dakwa pengikut Kristian ataupun sebaliknya.
Bagi penganut Kristian yang tidak percaya/menolak al-Quran menjadikan al-Quran sebagai dalil jika hendak berhujah dengan mereka, mereka kan menolak mentah-mentah. Bible sahaja sudah cukup bagi membuktikan kepercayaan mereka bahawa Jesus itu Tuhan adalah salah.
Saya penah menonton video Ahmed Deedat berbincang dengan seorang anak muda Kristian. Apa yang terjadi selepas Ahmed Deedat mendedahkan pembohongan dalam bible? Tonton sendiri di sini:
http://www.youtube.com/watch?
Sedikit lagi perbahasan di bawah:
“Pada pagi-pagi hari dalam perjalanannya kembali ke kota, Jesus merasa lapar. Dekat jalan dia melihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi dia tidak mendapat apa-apa pada pohon itu selain daun-daun saja. Katanya kepada pohon itu: "Engkau tidak akan berbuah lagi selama-lamanya!" Dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu.”
(Matius 21: 18-19)
Tuhan lapar dan hendak makan buah ara. Tapi Tuhan itu tidak tahu sama ada pokok ara tersebut berbuah atau tidak! Betulkah ini Tuhan? Setelah pergi dekat barulah diketahui-Nya yang pohon itu tidak berbuah. Rupanya penglihatan dan pengetahuan Tuhan iaiti Bapa, Jesus dan Roh Kudus terbatas setakat beberapa meter sahaja. Bukankah penglihatan dan pengetahuan Tuhan sepatutnya seluas alam semesta malah lebih luas lagi?
Setelah diketahui-Nya tak ada buah, maka dikutuknya pokok tersebut. Inikah moral yang hendak ditunjukkan? Apabila orang tak mahu menolong kita maka kita terus menyumpahnya? Mengapa Tuhan menunjukkan moral sebegini?
Tuhan amat berkuasa. Mengapa Jesus selaku Tuhan tidak mampu memerintahkan : “Engkau berbuahlah ketika ini juga” lalu segera terbit buah? Selepas itu mereka sama-sama bersyukur, barulah ada moralnya.
Saya pernah membahaskan hal ini dengan beberapa orang penganut agama Kristian, dan ternyata mereka tidak mampu untuk mempertahankan keTuhanan Jesus.
Surah Al-maa'idah ayat 48.
"Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian[421] terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu[422], Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali
kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
Tuan2-Turunnya Al-quran membenarkan kitab2 terdahulu..
dan sebagai batu ujian kepada kitab terdahulu..
walau kitab apa pun yg kita nak refer pastikan Al-quran dijadikan pengukur kebenaran kitab tersebut..
kerana ketulinan al-quran Allah janji terpelihara namun kitab-kitab yang lain tidak dijanjikan Allah..
Salam, alhamdulillah semoga kita juga sentiasa berada dalam akidah islam, berjalan menurut syariat Nabi Muhammad S.A.W. Ingin berkongsi sedikit info tentang bible dan siapa sebenarnya Jesus.
Jesus dalam kandungan Maria adalah daripada Roh Kudus? Fikirkan, kenapa tidak disebut : “…sebab anak dalam kandungannya adalah Tuhan?”
"Sesungguhnya, anak dara itu (Maria) akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki (Jesus), dan mereka akan menamakan dia IMANUEL -yang bererti: Allah menyertai kita.”
(Matius 1: 23)
Nama lain bagi Jesus ialah Imanuel yang ertinya “Allah menyertai kita”. Mengapa tidak disebut “El” sahaja yang maksudnya “Tuhan” tetapi “Imanuel”? Bukankah ayat itu sepatutnya berbunyi: “… dan mereka akan menamakan Dia “El” yang bererti “Tuhan”?
Kata Jesus:
“KEPADAKU TELAH DIBERIKAN segala kekuasaan di langit dan di bumi.”
(Matius 28:18)
Perkataan ‘diberikan kekuasaan’ membawa maksud ada satu kuasa yang lebih kuat daripada Jesus yang telah memberinya kekuasaan tersebut. Ini juga bererti Jesus bukan Tuhan kerana sebelum ‘diberikan’ dia tidak ada kekuasaan tersebut. Mustahillah Tuhan baru mendapat kuasa kerana sifat Tuhan itu adalah sentiasa berkuasa dari awal hingga selama-lamanya. Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan: “Pada diri-Ku telah sedia ada segala kekuasaan di langit dan di bumi”?
“Bapa tidak menghakimi sesiapapun, melainkan telah MENYERAHKAN PENGHAKIMAN itu seluruhnya kepada anak (Jesus).”
(Yohanes 5:22)
Perkataan ‘telah menyerahkan’ menunjukkan Jesus bukan Tuhan kerana sebelum ‘diserahkan’ dia tidak mempunyai kuasa penghakiman. Mustahillah Tuhan baru mendapat kuasa penghakiman. Jika benar begitu, siapakah yang mempunyai kuasa penghakiman sebelum Tuhan?
Kononnya Jesus itu ‘begotten’, iaitu dilahirkan tetapi tidak diciptakan. Kita fikir secara mudah, jika benar Jesus dilahirkan oleh Tuhan (walau dengan cara apa sekali pun kelahirannya), ini bermaksud Jesus lebih muda daripada Tuhan. Jadi, Jesus tidak layak menjadi Tuhan kerana Tuhanlah yang paling tua. Mustahillah Tuhan itu lebih muda daripada sesuatu kerana Tuhan tiada berawal.
Ini selari juga dengan kata-kata Jesus:
"Roh Suci MEMBERI AKU KUASA untuk mengusir roh jahat".
(Matius 12:28 )
Sebelum diberi kuasa itu, Jesus memang tidak ada kuasa mengusir roh jahat. Kuasa itu baru saja diperolehinya. Ini menunjukkan Jesus bukan Tuhan. Kalau dia Tuhan, kuasa itu semestinyalah telah sedia ada pada dirinya. Mengapa perlu menunggu diberikan oleh yang lain? Bukankah sepatutnya dia mengatakan: “Aku berkuasa untuk mengusir roh jahat”?
“Aku mengusir syaitan dengan kuasa roh Allah”
(Matius 12:28)
Jesus tidak mengatakan dia mengusir syaitan menggunakan kuasanya, tetapi kuasa roh Allah. Bukankah sepatutnya dia mengatakan: “Aku mengusir syaitan dengan kuasa-Ku”?
“Firman (Jesus) itu telah menjadi manusia dan diam antara kita, dan kita telah melihat kemuliaannya iaitu kemuliaan YANG DIBERIKAN KEPADANYA sebagai anak tunggal Bapa, penuh kasih kurnia dan kebenaran.”
(Yohanes 1: 14)
Kemuliaan itu baru diberi kepadanya, sebelum diberi dia tidak ada kemuliaan itu. Hanya Bapa iaitu Tuhan sebenar yang memiliki kemuliaan tanpa perlu diberi oleh sesiapa.
"Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut aku juga; dan sesiapa yang menyambut aku, menyambut Dia yang mengutus aku. Sesiapa yang menyambut seorang pesuruh Allah kerana dia pesuruh Allah akan menerima pahala seorang pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambut seorang baik kerana orang itu baik akan menerima pahala seorang baik".
(Matius 10:40-41)
Sepatutnya ‘kamu’ dalam ayat di atas juga diterima sebagai Tuhan. Mengapa tidak? Bukankah sesiapa yang menyambut kamu sama seperti menyambut Tuhan? Ini bererti “kamu” juga Tuhan.
Kata Jesus:
"Sembahlah Allah Tuhanmu dan ABDIKANLAH DIRI KEPADA DIA SAHAJA sahaja."
(Lukas 4:8)
Jesus menyuruh berabdi kepada Allah sahaja, bukan kepada “Kami” atau kepada “Dia dan Aku”.
Perhatikan perkataan "DIA sahaja". Jesus tidak berkata "KAMI sahaja", atau "Dia dan Aku sahaja". Makna abstrak yang bagaimanakah yang mahu diada-adakan terhadap ayat ini untuk menunjukkan bahawa maksud sebenar Jesus adalah "sembah kami BERDUA"? Kata-kata Jesus di atas sesuai benar dengan ayat Perjanjian Akhir-Al Quran:
“Janganlah kamu beribadah kecuali kepada-Nya.”
(Surah Hud: 2)
Selepas pemergian Jesus, beginilah amalan para pengikutnya:
"Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan"
(Kisah Rasul-rasul 2:46)
Kalau benarlah Jesus pernah mengajarkan para pengikutnya bahawa dirinya Tuhan, sudah tentulah mereka akan diusir daripada saumaah bahkan Rumah Tuhan yang menjadi tempat ibadah orang-orang Yahudi. Maksudnya, para pengikut Jesus masih kekal dalam agama Yahudi dan tidak pernah menolak hukum-hukum Taurat.
Kalau benarlah cukup dengan percaya sahaja untuk masuk syurga, mengapa para hawari Jesus setiap hari mengusahakan ibadah? Padahal mereka sudah amat percaya dengan Jesus, tetapi bukan sebagai Tuhan.
“Bapa yang mengutus aku, Dialah yang bersaksi tentang aku, kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nya pun tidak pernah kamu lihat.”
(Yohanes 5:37)
Siapapun tidak pernah mendengar suara atau melihat rupa Tuhan, padahal murid-murid Jesus selalu mendengar suaranya dan melihat rupanya. Maka Jesus tidak sama dengan Bapa, dia bukan Tuhan.
“Mengapa kamu memanggil aku yang baik, kerana tidak ada seorang pun yang baik melainkan satu iaitu Allah.”
(Matius 19:17)
Jesus tidak mengakui dirinya baik, kerana baginya yang betul-betul baik hanyalah Allah sahaja. Tidak pula disebutkan “melainkan tiga iaitu Bapa, Roh Kudus dan Aku”.
“Lalu mereka membawanya (budak yang dirasuk roh jahat) kepadanya (kepada Jesus). Waktu roh itu melihat Jesus, anak itu segera digoncang-goncangnya, dan anak itu terpelanting ke tanah dan terguling-guling, sedang mulutnya berbusa (terus kena histeria). Lalu Jesus bertanya kepada ayah anak itu: "SUDAH BERAPA LAMA DIA SEBEGINI?" Jawabnya: "Sejak masa kecilnya.”
(Markus 9: 20-21)
Pelik. Tuhan tidak tahu sejak bila tubuh budak itu dimasuki roh jahat hingga terpaksa bertanya pula kepada hamba-Nya barulah dia tahu. Bagaimana hamba lebih tahu daripada Tuhan?
“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.”
(Markus 13: 32)
Jesus mengakui dia dan para malaikat tidak tahu bilakah hari kiamat (iaitu salah satu perkara ghaib) akan berlaku. Hanya Bapa saja yang tahu. Maksudnya Roh Kudus juga tidak tahu. Maka Jesus dan Roh Kudus bukanlah Tuhan. Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan: “ hanyalah Bapa, Aku dan Roh Kudus saja yang tahu.”?
Bandingkan dengan ayat Perjanjian Akhir- Al Quran:
“Katakanlah: Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah.”
( Surah An-Naml: 25)
“Maka aku tidak boleh berbuat suatu apa pun mengikut kemahuanku sendiri, sebagaimana YANG AKU DENGAR (daripada Tuhan) sebegitulah aku hukumkan, dan hukumku itu adalah adil kerana aku tidak cuba menurut kemahuanku sendiri MELAINKAN KEMAHUAN BAPA yang mengutus aku.”
(Yohanes 5:30)
Jesus tidak boleh berbuat sesuatu mengikut kehendaknya. Dia terpaksa mematuhi kehendak Tuhan yang didengarnya (diterimanya) daripada Tuhan sahaja. Seandainya Jesus sudah 100% Tuhan, tak perlulah dia “mendengar”, cukuplah dia berbisik dalam dirinya sendiri. Apabila dikatakan dia hanya “mendengar”, maksudnya dia mendengar daripada peribadi/ individu yang lain.
Dikatakan juga bahawa semuanya adalah kemahuan Bapa sahaja, bukan kemahuan Anak ataupun Roh Kudus. Ini menunjukkan Anak dan Roh Kudus tidak sama dengan Bapa, iaitu Tuhan.
“Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa, oleh sebab Bapa lebih besar daripada aku."
(Yohanes 14:28)
“Pergi kepada Bapa” menunjukkan Jesus dan Bapa adalah dua peribadi yang berlainan. Untuk sampai kepada Bapa, Jesus terpaksa “pergi”.Presiden Suharto hendak pergi kepada Presiden Suharto, bolehkah? Mustahil berlaku kecualilah Presiden Suharto yang pertama dan Presiden Suharto yang kedua itu orang yang berlainan, barulah berhasil.
Dalam ayat ini juga dikatakan bahawa Bapa adalah lebih besar daripada Jesus, lebih besar daripada Anak. Ayat ini jelas menunjukan Jesus bukan Tuhan. Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan: “… oleh sebab Bapa, Anak dan Roh Kudus sama besar?”
"Setelah berkata demikian, Jesus mengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah AnakMu, supaya Anak pun boleh memuliakan Bapa""
(Yohanes 17:1)
Mengapa Jesus memohon doa dengan menghadap ke langit? Bukankah ketika itu dia sendiri sudah 100% Bapa, 100% Tuhan? Sepatutnya dia berdoa dengan melihat cermin atau menundukkan muka melihat dadanya.
"Pada masa itu Jesus naik ke bukit untuk berdoa. Di situ dia berdoa kepada Allah semalam-malaman.".
(Lukas 6:12)
Mengapa Jesus tidak berdoa kepada dirinya tetapi kepada Allah?
Kisah Jesus memberi makan lebih lima ribu orang hanya dengan lima keping roti dan dua ekor ikan:
“Lalu disuruhnya orang banyak itu duduk di rumput. Dan setelah diambilnya lima roti dan dua ikan itu, JESUS MENENGADAH KE LANGIT dan mengucap berkat, lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-murid-Nya, lalu murid-muridnya membahagi-bahagikannya kepada orang banyak.
(Matius 14: 19)
“Yang ikut makan kira-kira lima ribu laki-laki, tidak termasuk perempuan dan anak-anak.”
(Matius 14: 21)
Mengapa perlu Jesus memohon untuk melakukan mukjizat itu dengan meminta kepada “Yang Di Langit”? Bukankah dia Tuhan? Ada umat Kristian yang cuba mengelak dengan mengatakan kononnya Jesus hendak memberikan contoh kepada anak muridnya. Namun anak muridnya tidak pula berdoa seperti yang dilakukan Jesus, hanya dia seorang saja. Maka ini bukanlah hendak menunjukkan contoh.
"Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, "Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku! Tetapi janganlah turut kehendakku melainkan kehendak Bapa sahaja"."
(Matius 26:39)
Sewaktu Jesus berdoa ini, dia sudah hampir ditangkap oleh musuh-musuhnya untuk disalibkan. Dalam bahasa mudahnya, doa di atas berbunyi: “Oh Tuhan, kalau boleh Engkau selamatkanlah aku daripada ditangkap dan disalibkan oleh mereka, kalau boleh. Namun kalau selepas ini aku ditangkap dan disalib juga, aku redha sebab semuanya adalah kehendak Engkau. Cuma kalaulah boleh dielakkan, tolonglah engkau elakkan. Kalau tak boleh, tidak mengapa.” Begitulah ertinya doa Jesus.
Adakah ini doa Jesus kepada dirinya sendiri? Tentu bukan. Jesus sendiri mengatakan yang kehendak Tuhan dan kehendaknya adalah dua kehendak yang berlainan.
"Semasa Jesus hidup di bumi ini, dia memohon dengan seruan dan tangisan kepada ALLAH YANG BERKUASA MENYELAMATKAN DIA (JESUS) DARIPADA KEMATIAN. Oleh kerana Jesus merendah diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaannya.".
(Matius 26:39)
Kepada siapa Jesus menyeru dan menangis? Kepada Allah. Siapakah yang berkuasa menyelamatkan Jesus daripada kematian? Allah! Jesus yang kononnya 100% Tuhan itu tidak ada kuasa untuk menyelamatkan diri sendiri daripada kematian.
Oleh kerana Jesus merendah diri dan taat kepada Allah, maka Allah “mendengar” permohonannya. Apakah kalau seorang yang sombong dan tidak taat berdoa, Allah tak boleh dengar? Tidak. Siapa saja yang berdoa sama ada baik atau jahat tetap berada dalam pendengaran Allah.
Jadi, apakah maksudnya “Allah mendengar permintaannya”? Maksudnya Allah kabulkan permintaannya untuk selamat daripada diseksa dan disalib. Ayat ini juga membuktikan Jesus tidak disalib.
“Kemudian kata Jesus kepada mereka (murid-muridnya): Hatiku amat dukacita seolah hampir-hampir mati rasaku, tinggallah kamu di sini dan berjagalah bersama-sama denganku.”
(Matius 26:38)
Jika benar Jesus itu Tuhan, mengapakah badan ketuhanan Jesus tidak mampu menjaga dan mententeramkan badan kemanusiaannya hinggakan Jesus berasa sedih dan takut ketika dia hampir ditangkap oleh musuh-musuhnya?. Dia terpaksa pula meminta bantuan murid-muridnya untuk berkawal. Tak cukupkah kuasanya sebagai Tuhan 100% untuk menjaga dirinya?
Sewaktu Jesus disalib, orang yang lalu-lalang berkata kepadanya:
"Hai engkau yang mahu merobohkan Bait Suci dan hendak membangunnya kembali dalam masa tiga hari, selamatkanlah dirimu jika benar engkau Anak Allah, turunlah dari salib itu!"
(Matius 27: 40)
“Baiklah dia (Jesus) turun daripada salib itu dan kami akan percaya kepadanya.”
(Matius 27: 42)
Masalahnya, mengapa Jesus selaku Tuhan itu tidak mampu melakukan sesuatu yang luarbiasa lalu turun daripada salib tersebut untuk sementara waktu? Bukankah kedatangan Tuhan adalah untuk menyelamatkan umat manusia? Bukankah Dia hendak manusia mengenali, mengasihi dan menyembahnya sebagai Tuhan? Apalah salahnya turun sekejap secara luarbiasa dan kemudian disalibkan untuk kali kedua?
Bukankah dengan cara begini akan menambah bilangan orang-orang yang percaya? Bukankah ia dapat membuktikan keTuhanannya? Seandainya Jesus dengan kuasa-Nya sebagai Tuhan turun sekejap daripada salib itu, pasti orang yang lalu-lalang menerimanya sebagai Tuhan. Hanya itu saja bukti yang mereka mahukan.
Mengapa Jesus tidak melakukannya? Jika kita mengatakan yang tersalib itu Jesus, maka ternyata dia bukan Tuhan. Kalau kita mengatakan yang tersalib itu bukan Jesus tetapi orang lain, maka doktrin penebusan dosa dan penyaliban tertolak. Kita terpaksa memilih salah satu.
“Setelah kematian orang yang disalib, kubur-kubur terbuka dan banyak orang kudus (suci) yang telah meninggal bangkit.’
(Matius 27:52)
Kononnya Jesus memang Tuhan kerana berjaya bangkit daripada kematian. Tapi ayat di atas menunjukkan bukan Jesus seorang saja yang mampu bangkit daripada kematian. Jadi, kemampuan Jesus melawan kematian itu bukanlah perkara luar biasa sangat hingga menjadikan dirinya Tuhan. Begitu juga dengan kemampuan Yohanes Pembaptis:
“Lalu ia berkata kepada pegawai-pegawainya: "Inilah Yohanes Pembaptis; ia sudah bangkit dari kalangan orang mati dan itulah sebabnya kuasa-kuasa itu bekerja di dalam-Nya."
(Matius 14: 2)
Kata Tuhan:
"Inilah HAMBA-KU yang telah aku pilih".
(Matius 12:18)
Jesus hanyalah hamba Tuhan sebagaimana manusia lain.
"Memang benar Herodes dan Pontius Pilatus mengadakan pertemuan dengan orang bukan Yahudi dan orang Israel di kota ini untuk melawan Jesus,HAMBA-MU yang suci"
(Kisah Rasul-rasul 4:27 RSV)
"Jesus berkata kepada mereka, "Seandainya ALLAH BENAR-BENAR BAPA KAMU, tentu kamu akan mengasihi aku kerana aku datang daripada Allah. Aku tidak datang dengan kehendakku sendiri, tetapi Dialah yang mengutus aku"."
(Yohanes 8:42)
Mengapa Jesus tidak mengatakan: “Seandainya AKU benar-benar Bapa kamu…” tetapi berkata : “Seandainya ALLAH benar-benar Bapa kamu”? Jesus tidak pernah mengakui dirinya sebagai Bapa, menunjukkan dia bukan Tuhan. Mereka tidak setara.
Mengapa Jesus mengatakan: “… aku datang daripada Allah?” Bukankah sepatutnya dia mengatakan: “…Aku datang sebagai Allah” atau “Akulah Allah yang datang”?
Jesus juga mengakui yang dia datang bukan dengan kehendaknya sendiri, dia diutus- dipaksa datang. Dia tidak boleh memilih untuk tidak datang. Apakah Tuhan tidak boleh memilih mengikut kehendak hatinya? Apakah Tuhan boleh dipaksa pergi ke sana-sini?
Ayat ini jelas menunjukkan Jesus bukan Tuhan dan bukan Bapa.
Sokongan Perjanjian Akhir-Al Quran:
“…Al Masih Isa putera Maryam adalah utusan Allah..”
(Surah An-Nisaa: 171)
“Dan ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu.”
(Surah as-Saff: 6)
"Jesus yang tuan-tuan salibkan sudah DIBANGKITKAN DARI KEMATIAN OLEH ALLAH yang disembah nenek-moyang kita. Allah mengangkatnya ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan-Nya, untuk menjadi Putera dan Penyelamat, supaya umat Israel mendapat peluang bertaubat dan beroleh pengampunan dosa."
(Kisah Rasul-rasul 5:30-31)
Siapakah yang membangkitkan Jesus? Jawapannya Allah. Mengapa Jesus tidak membangkitkan dirinya sendiri kalau benar dia Tuhan?
Siapa yang mengangkat Jesus? Tuhan. Mengapa Jesus tak boleh mengangkat dirinya sendiri kalau benar dia Tuhan?
Siapakah yang diberi peluang oleh Tuhan untuk bertaubat dan diampunkan dosa? Jawapannya “umat Israel” sahaja, bukan semua umat manusia.
Ada seorang yang minta kepada Jesus agar dua orang anaknya dijanjikan tempat di dalam syurga, seorang di kanan Jesus sementara seorang lagi di kirinya. Ternyata Jesus tidak ada kuasa untuk berbuat demikian dengan katanya:
“Jesus berkata kepada mereka: "Cawanku memang akan kamu minum, tetapi hal duduk di sebelah kananku atau di sebelah kiriku, AKU TIDAK ADA HAK untuk memberikannya.. Itu akan diberikan kepada orang-orang yang telah DITENTUKAN OLEH BAPAKU."
(Matius 20: 23)
Hanya Bapa iaitu Tuhan sebenar yang ada hak untuk menentukan tempat di dalam syurga, bukannya Jesus. Malah dia juga memanggil Bapa sebagai “Bapaku”, bukannya “Bapa kamu semua iaitu Aku.”
“Maka berkatalah Jesus kepadanya (kepada Iblis): "Nyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau mesti menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!"
(Matius 4: 10)
Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan: “Engkau Iblis mesti menyembah Aku- Allah dan Tuhanmu, dan hanya kepada Aku sajalah engkau berbakti.”?
Sokongan Al Quran:
“Ada di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah sebagai sekutu-sekutu, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan orang-orang beriman itu lebih cinta kepada Allah.”
(Surah Al-Qasas: 57)
“Ada dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar, bahwa Jesus lalu, maka merekapun berseru: "Tuan, Anak Daud, kasihanilah kami!" Tetapi orang banyak itu menegur mereka supaya mereka diam. Namun mereka semakin keras pula berseru, katanya: "Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!" Maka Jesuspun berhenti dan memanggil mereka. Katanya: "APA YANG KAMU MAHU AKU LAKUKAN untuk kamu?” Jawab mereka: "Tuan, (jadikanlah) supaya mata kami dapat melihat." Maka TERGERAKLAH HATI JESUS oleh belas kasihan, lalu dia menjamah mata mereka dan seketika itu juga mereka dapat melihat lalu terus mengikutinya.”
(Matius 20: 30-34)
Bagaimana Jesus selaku Tuhan tidak tahu apa niat kedua-dua orang buta itu memanggilnya? Mustahil Tuhan tidak tahu niat hamba-Nya. Mengapa hanya setelah dirayu baru tergerak hatinya untuk merasa belas kasihan?
“Pada pagi-pagi hari dalam perjalanannya kembali ke kota, Jesus merasa lapar. Dekat jalan dia melihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi dia tidak mendapat apa-apa pada pohon itu selain daun-daun saja. Katanya kepada pohon itu: "Engkau tidak akan berbuah lagi selama-lamanya!" Dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu.”
(Matius 21: 18-19)
Tuhan lapar dan hendak makan buah ara. Tapi Tuhan itu tidak tahu sama ada pokok ara tersebut berbuah atau tidak! Betulkah ini Tuhan? Setelah pergi dekat barulah diketahui-Nya yang pohon itu tidak berbuah. Rupanya penglihatan dan pengetahuan Tuhan iaiti Bapa, Jesus dan Roh Kudus terbatas setakat beberapa meter sahaja. Bukankah penglihatan dan pengetahuan Tuhan sepatutnya seluas alam semesta malah lebih luas lagi?
Setelah diketahui-Nya tak ada buah, maka dikutuknya pokok tersebut. Inikah moral yang hendak ditunjukkan? Apabila orang tak mahu menolong kita maka kita terus menyumpahnya? Mengapa Tuhan menunjukkan moral sebegini?
Tuhan amat berkuasa. Mengapa Jesus selaku Tuhan tidak mampu memerintahkan : “Engkau berbuahlah ketika ini juga” lalu segera terbit buah? Selepas itu mereka sama-sama bersyukur, barulah ada moralnya.
Saya pernah membahaskan hal ini dengan beberapa orang penganut agama Kristian, dan ternyata mereka tidak mampu untuk mempertahankan keTuhanan Jesus.
“Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.”
(Matius 11: 25)
Siapakah yang diiktiraf oleh Jesus sebagai Tuhan langit dan bumi? Dirinya? Bukan. Roh Kudus? Bukan? Jawapannya ialah Bapa sahaja. Jelaskan?
Ketika ditanya oleh ahli-ahli Taurat:
12:29 “Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah hai orang Israel, TUHAN ALLAH KITA, Tuhan itu esa.”
12:30 “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.”
12:31 “Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini."
12:32 “Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus: "TEPAT SEKALI GURU, benar katamu itu, BAHAWA DIA (TUHAN) ESA, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali DIA.”
(Markus 12: 29-32)
Mengapa Jesus mengatakan “Tuhan Allah kita”, bukannya “Tuhan Allah kamu” atau “Aku Allah kamu”? Kerana Jesus bukan Tuhan. Dia sendiri mengakui Tuhan Allah KITA, termasuklah dirinya sendiri.
Mengapa ahli-ahli Taurat itu mengatakan “Tepat sekali guru” dan bukan pula “Tepat sekali Tuhan”? Kerana Jesus bukan Tuhan. Bukan 100% Tuhan 100% manusia tetapi hanya 100% manusia.
Mengapa mereka mengatakan “Bahawa Dia itu Esa” dan bukannya “Bahawa Engkau itu Esa”? Kerana Jesus bukan Tuhan.
“Pada waktu itu di dalam rumah ibadat itu ada seorang yang dirasuk roh jahat (jin). Orang itu berteriak:"Apa urusanmu dengan kami, hai Jesus orang Nazareth? Engkau datang hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa engkau: Yang Kudus DARIPADA ALLAH."
(Markus 1: 23-24)
Roh jahat (menurut Islam itu adalah jin dan syaitan) dalam tubuh orang itu pun tahu Jesus hanyalah orang suci yang diutus oleh Allah. Bukankah sepatutnya roh jahat itu mengatakan: “Aku tahu siapa Engkau- Yang Maha Kudus iaitu Allah.”
“Bukannya setiap orang yang menyeru aku (sebagai) Tuhan, Tuhan, yang akan masuk ke dalam kerajaan syurga, (tetapi) hanyalah orang-orang yang melaksanakan kehendak Bapaku yang di syurga.”
(Matius 7:21)
Siapakah yang akan masuk syurga antara orang-orang yang memanggil Jesus sebagai Tuhan ataupun orang-orang yang mengikut segala perintah Bapa? Pastinya yang melaksanakan kehendak Bapa sahaja yang layak ke syurga. Maka sesiapa yang menjadikan Jesus sebagai Tuhan, dia tidak akan masuk ke syurga.
“Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada BAPAKU DAN BAPAMU, kepada ALLAHKU DAN ALLAHMU."
(Yohanes 20: 17)
Kalau ayat semudah ini tidak mampu difahami, bagaimana hendak memahami perumpamaan-perumpaaan yang diucapkan Jesus.
Siapakah Bapa kepada Jesus dalam ayat ini?
Jawapan: _____________________
Siapakah Allah kepada Jesus dalam ayat ini?
Jawapan: _____________________
Keterangan Al Quran:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu.”
(Surah An-Nisa’: 116)
Jesus Hanyalah Seorang Nabi
"Dia Jesus, NABI dari Naserat di Galilea", jawab orang ramai yang mengiringi Jesus."
(Matius 21:11)
"Apakah yang telah berlaku?", tanya Jesus. "Perkara-perkara yang telah berlaku kepada Jesus, orang Nasaret itu", jawab mereka. "Dia seorang NABI DI SISI ALLAH dan di mata semua orang"."
(Lukas 24:19)
"Wanita itu berkata: “Sekarang saya tahu tuan seorang NABI"."
(Yohanes 4:19)
"Apabila orang ramai melihat mukjizat yang dilakukan oleh Jesus, mereka berkata, "Sesungguhnya dia NABI, yang diharapkan datang ke dunia"."
(Yohanes 6:14)
"Beberapa orang yang mendengar kata-kata Jesus berkata, "Orang ini pasti NABI itu"."
(Yohanes 7:40)
"Oleh itu orang Farisi di situ bertanya lagi kepadanya, "Kamu berkata dia mencelikkan matamu. Baiklah, apakah pendapatmu tentang dia?". "Dia NABI", jawabnya."
(Yohanes 9:17)
"Maka Nabi Isa berkata kepada mereka: "Seorang Nabi (merujuk dirinya) dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya."
(Markus 6:4)
Kesimpulan
Sebegitu banyak bukti yang menunjukkan Jesus bukan Tuhan, maka dia bukanlah Tuhan. Malah sesiapa yang memperTuhankannya tidak akan dapat masuk ke dalam syurga. Itulah janji Jesus.
Pesan Al Quran- The Last Testament:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.”
(Surah Al-Isra’: 36)
No comments:
Post a Comment