Ummu Nabilah sedang solat sunat tawwaf di depan Multazam 3 pagi. Malam pertama Ummu iqtiqaf dalam Masjidil Haram
Saat yang paling sahdu buat Ummu dapat melaku sholat sunah dalam hijir ismail, pada masa ini suasana di Masjidil Haram amat kurang sibuk dan Ummu berpeluang melaku sholat-sholat sunat yang lain. ALLAH telah mengabulkan doa nya bersholat sebanyak mungkin didalam Hijir Ismail merupakan sebahagian dalam Kaabah.
Abu telah dapat peluang sholat dan berdoa dibawah pancur emas hampir setiap malam, wallahuaqlam, Abu telah diberitahu oleh sahabat Abu yang merupakan besan kepada Ulamak Malaysia yang tersohor supaya banyak-banyak berdoa disini, syukur pada MU YA ALLAH kerana ENGKAU telah menjemput kami. Betapa besar nikmat YA ALLAH
Pada sehari sebelum kami pulang ke Tanah Air, Ummu dan Abu berpeluang melihat dalam Kaabah ketika pintu Kaabah dibuka untuk dicuci. SubhanALLAH, peluang merupa anugerah ALLAH kepada kami. Kami melihat dengan jelas ketika kami tawwaf Umrah kali berapa....Abu tak ingat. Tapi ini peluang yang Ummu dan Abu dapat dengan izin ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA. Kami rasa ini merupakan nikmat yang perolehi ketika kami menjadi tetamu ALLAH. Syukur pada ya ALLAH
Pintu Kaabah sebelum ditutup dengan kain bidang,
No comments:
Post a Comment