Nota:
Satu catatan yang menarik, bukan kerana pasal pologami tetapi kerana keiklasan hati orang diceritakan dan orang yang mencerita yaitu Dr Fauziah, saya rasa insaf melihat keiklasan dan ketakwaan hamba2 ALLAH ini.
assalamualaikum..
izinkan saya bercerita tentang ustaz A dan isterinya hajjah A yang saya pernah cerita dalam email yang dulu .(tentang pahala bacaan Quran kepada si mati)
semasa saya di tingkatan satu (tahun 1980), kawan saya N selalu menerima kunjungan daripada ayahnya (Allahyarham ustaz A) dan ibunya (Allahyarhamah Hajjah A) pada hujung minggu. Minggu berikutnya ayahnya akan datang dengan seorang wanita lain, yang lebih muda daripada ibunya Hajjah A. Berselang-seli N menerima kunjungan daripada ayah dan dua wanita ini.
kami bertanya pada N.."yang muda tu sapa N?". Dia menjawab, emak muda aku. Terkejut juga, dan dia menjelaskan ayahnya Ustaz A dah lama bernikah dengan isteri muda tu. sejak kawan saya berumur 8 tahun.maknanya, waktu itu ibunya telah bermadu dengan wanita muda itu hampir 6 tahun. kami bertanya lagi, mak hang tak cemburu ka?" N kemudiannya memberitahu ibunya dan isteri muda itu tinggal serumah sejak 6 tahun lalu. Serumah? kami semua terkejut.
N memberitahu kami, dia pernah bertanya kepada ibunya, apakah ibunya tidak cemburu pada isteri muda ayahnya?
Kata N..ibunya menjawab." Wanita mana yang tidak ada perasaan cemburu. wanita mana yang suka dimadukan? Memang emak pernah rasa cemburu.memang emak pernah rasa marah pada ayah hang." Tapi macamana emak boleh bertahan? tanya N. Ibunya menjawab.."Kerana emak yakin bahawa emak akan mendapat payung emas di syurga nanti. dan kerana emak tahu ayah memang berhak menikah lain"
Bertuahnya menjadi wanita seperti Hajjah Aishah..keyakinannya pada Allah dan Rasul, pada apa yang dijanjikan oleh Allah utk wanita yang membenarkan suaminya menikah lagi..
Bertuahnya menjadi wanita seperti Hajjah Aishah..keyakinannya pada Allah dan Rasul, pada apa yang dijanjikan oleh Allah utk wanita yang membenarkan suaminya menikah lagi..
selama 5 tahun..saya melihat kemesraan di antara ustaz A, isterinya Hajjah A dan isteri keduanya R. saya masih ingat, ada ketikanya, ustaz A datang bersama kedua-dua isterinya utk melawat N di asrama. sewaktu saya dan N di UM, saya mendapat berita ayahnya ustaz A telah kembali ke rahmatullah. meninggalkan 5 anak bersama isteri prtama dan seorang anak daripada perkahwinan kedua. selepas ustaz A meninggal dunia, kedua-dua isteri ini masih tinggal bersama. dan satu hari ada orang masuk meminang isteri kedua. Tetapi wnita ini berkata, 'tanyalah hajjah A dan anak2nya. jika mereka menerima lamaran ini, maka saya akan terima.'
Lamaran tersebut ditolak oleh anak-anak Hajjah A (anak2 isteri pertama). abang2 kawan saya seramai 4 org itu memberitahu org yang datang meminang.. "minta maaf, kami masih mampu menjaga ibu kami dan makcik R. Biarlah dia hidup bersama-sama kami. Makcik adalah amanah daripada arwah ayah.." Dan rombongan meminang itu pulang dengan hampa tapi penuh tandatanya. "Bagaimana Allahyarham Ustaz A dan isterinya Hajjah A..mendidik anak2 mereka, supaya menghormati ibu dan madu ibu mereka."
cerita istimewa ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati dan hidup saya.termasuk cara saya berfikir. sehingga hari ini saya belum pernah mengatakan saya menentang poligami. tapi saya menentang ketidak adilan suami yang berpoligami. saya paling benci pada lelaki yang menceraikan isteri pertama kerana ingn bernikah lain. saya juga tidak suka wanita yang meminta cerai hanya kerana suaminya ingin bernikah lain . dan saya juga paling benci dengan wanita yang ingin berkahwin dengan suami orang tetapi meminta isteri pertama diceraikan.
kenapa kita perlu melabel suami yang berpoligami sebagai curang? sekurang2nya suami yang ingin bernikah lain tidak curang..tidak menyimpan wanita simpanan. suami ini hanya mahu menjalani hidupnya dengan cara yang halal. kenapa kita menentang hukum yang diturunkan oleh Allah?
mungkin ada yang mencebik mulut dan berkata, dr fauziah boleh ckap pandai..sebab belum terkena pada diri dia. Alhamdulillah, utk pengetahuan rakan2 saya pernah meminta suami bernikah dengan sahabat baik saya, seorang janda. tapi suami saya pulak berkata, "Awak dah gila ke? awak tak sayang suami ke?" Mana ada isteri tak sayang suami.. Tapi saya beritahu dia, saya sayangkan sahabat saya dan saya rela berkongsi kasih dengan dia. Tapi suami saya menolak. Saya akhirnya mmbuat kesimpulan..orang lelaki ni...kalau dia nak bernikah lain, tak ada siapa boleh halang dia.walaupun kita menangis atau meraung. tapi, kalau dia tidak ada hati nak bernikah lain..disuruh pun dia tetap akan menolak.
pada sahabat saya, saya berpesan, kalau ditakhdirkan saya pergi dulu sebelum dia..saya minta dia akan jadi ibu kepada anak2 saya yang 5 orang. sahabat saya menangis, tapi saya beritahu dia..saya mahu org yang hatinya mulia dan akan menjaga serta mengasihi anak2 saya. Kebetulan semua anak2 saya rapat dengan S..sahabat saya sejak 19 tahun lalu. saya ceritakan semua ini bukan utk tunjuk saya baik. tidak sama sekali. tetapi saya selalu berharap..jika ditakhdirkan saya diuji dengan dugaan seperti ini..saya mahu menjadi seperti Allahyarhamah Hajjah A..kalau beliau boleh bersabar dengan ujian dimadukan..kenapa saya tidak boleh? Semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman daripada Allah. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali.
Al-Fatihah utk Ustaz A dan Allahyarhamah Hajjah A.. Moga mereka berbahagia di sana.
"poligami tidak akan berjaya jika tidak ada persefahaman di antara 3 pihak. suami, isteri pertama dan isteri kedua"
wassalam
Dr Fauziah
No comments:
Post a Comment